PROJEK PEMBINAAN RPH 20 X 60 FT DI BUKIT ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR
OWNER : DATO' SYED ELIAS @ FIGMALAYSIA
Di sinilah bermula satu pengembaraan baru bagi saya dalam mengenali dan mendalami ilmu penanaman pokok Tinn atau Figs. Bermula dengan projek pembinaan RPH berukuran 20 x 60ft untuk Dato' Syed Elias di tapak projek Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur, saya mula menaruh minat yang tinggi dalam dunia penanaman pokok figs di Malaysia. Berlatarbelakangkan pengalaman dalam pembinaan RPH dan sistem Fertigasi sejak 2006 lagi, saya merasakan bidang ini adalah sesuatu yang baru di Malaysia dan mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan. Menurut kata Dato' Syed, setelah menceburkan diri dalam bidang ini sejak 3 tahun yang lalu, pelbagai cara dan kaedah telah digunakan untuk memastikan pokok ini tumbuh segar di bumi Malaysia dan berbuah sepertimana yang terdapat di negara-negara pengeluar utama buah figs ini seperti di Turki. Walaupun pada permulaannya, beliau hampir menemui jalan buntu disebabkan pokok yang dibawa balik dari tanah Turki ini hanya mengeluarkan daun dan tidak berbuah tetapi berkat kesabaran serta minat yang tinggi, beliau meneruskan usaha untuk menanam pokok ini di Malaysia. Tetapi apa yang menarik minat saya adalah apabila mengetahui potensi pasaran dan nilai buah serta pokok ini di Malaysia malah di seluruh dunia.
Buah Figs atau buah Tinn adalah salah satu buah yang disebut dalam Al-Quran dan mempunyai surahnya yang tersendiri. Apabila Allah SWT bersumpah atas nama buah ini, memberi maksud bahawa buah ini adalah buah yang baik dan diturunkan kepada umat
manusia dengan penuh khasiat dan kegunaan. Persoalan pertama saya kepada Dato' ialah bolehkah pokok ini yang secara aslinya berasal dari Tanah Arab ditanam di Malaysia serta mampu menghasilkan buah sepertimana yang terdapat di Turki. Dan persoalan ini terjawab apabila melihat perkembangan pokok ini dengan mengeluarkan buah yang masak ranum serta saya berkesempatan merasa buah figs buat kali pertamanya dalam hidup saya.
Persoalan kedua mengenai potensi pasaran buah figs di Malaysia. Sekiranya kita berjaya untuk menanam pokok ini dan mengeluarkan hasil seperti buah segar, adakah kita boleh memasarkannya di Malaysia. Namun setelah melihat penyelidikan dalam pasaran buah ini di Malaysia, saya berpendapat bahawa buah figs adalah termasuk dalam buah-buahan eksotik dan esklusif disebabkan harganya yang tinggi dan hanya terdapat di pasaraya terkenal dan tertentu sahaja. Sebagai peladang fertigasi pada masa itu, saya cuba untuk menafikan bahawa industri buah figs ini masih jauh untuk sampai kepada para pengguna biasa, lantas saya hanya mengambil ringan tentang potensi buah ini dalam pasaran di Malaysia.
Cuma yang menarik minat saya adalah apabila mengetahui harga anak pokok figs ini boleh menjangkau RM350 sepokok. Biar betui...Dato' cabar saya untuk meninjau sendiri harga pokok figs ini di nursery sekitar Ampang dan Sungai Buloh. Dengan harapan untuk menafikan fakta ini dan men
yahut cabaran, saya cuba mencari pokok figs dan cuba mendapatkan harga pasaran pada masa itu dan sememangnya fakta ini tidak boleh dinafikan lagi apabila melihat sendiri harga jualan anak pokok figs di sebuah nurseri di Sungai Buloh mencecah sehingga RM350 sepokok. Saya akur dengan cabaran ini dan ternyata, bukan sekadar khayalan tetapi kebenaran yang disampaikan kepada saya. Sebetulnya saya mula berjumpa dengan pokok figs ini semasa saya melawat kebun fertigasi rock melon sahabat saya di TKPM Serdang pada awal 2014, dimana terdapat beberapa RPH di situ yang menanam pokok ini yang pada tanggapan saya adalah pokok bendi tetapi tinggi dan besar. Apabila diselidiki selepas itu, barulah saya mengetahui bahawa itu adalah pokok figs yang cuba ditanam secara komersil di Malaysia.
Dalam kekaburan ini, minat mula tumbuh untuk mengetahui lebih mendalam tentang pokok figs, dan dengankesempatan dan peluang yang ada pada masa itu, saya dapat membeli hampir 40 anak pokok daripada Dato' Syed. Memandangkan tempat saya di Ladang Nia Agrotech, Kg Merbau Sempak pada masa itu dipenuhi dengan tanaman bendi, terung dan kailan, saya menyuarakan permasalahan kepada Dato tentang kaedah penanaman menggunakan culvert/ palong yang memerlukan modal yang tinggi dan saya terpaksa menamatkan tanaman saya semata-mata untuk menanam pokok figs yang masih belum tentu hasilnya lagi. Lantas, satu lagi cabaran dilontarkan kepada saya oleh Dato' Syed, beliau menunjukkan kaedah penanaman pokok figs menggunakan sistem bakul sayur yang dijalankan di Jepun dan mencabar saya untuk menggunakan sistem yang sama di tempat saya. Melihat pada kos yang agak rendah dan menarik kerana saya tak perlu untuk menamatkan tanaman saya di samping dapat menggunakan sistem pengairan dan pembajaan yang sama, saya menyahut cabaran tersebut.
Percubaan pertama penanaman pokok figs menggunakan kaedah bakul dilakukan oleh saya di Ladang Nia Agrotech di Kg Merbau Sempak, sungai Buloh pada awal akhir Januari 2014. Bermula dengan 18 bakul, saya mula mencampurkan media menggunakan pengalaman dan permahaman yang ada untuk memastikan pokok ini dapat tumbuh subur dalam bakul. Menggunakan sistem pengairan titis / dripping system dan baja fertigasi pada masa itu, saya cuba untuk tidak ambil tahu sangat perkembangan pokok ini kerana saya merasakannya ia adalah satu penantian yang lama untuk tumbuh dan berbuah. Tetapi pokok ini memberikan kejutan kepada saya kerana sebaik sahaja dipindahkan ke dalam bakul, pokok mula tumbuh pucuk-pucuk baru dan berkembang dengan pesatnya sehinggakan memenuhi ruangan RPH saya dan selepas 2 bulan, pokok figs ini mula mengeluarkan putik-putik buah yang banyak. Minat saya kembali segar dan semakin banyak saya melakukan penyelidikan tentang keperluan baja dan pertumbuhan buah figs. Dalam masa yang sama, saya mengikuti perkembangan projek pokok figs di Bukit Antarabangsa yang mula menunjukkan hasil yang positif setelah ditanam di bawah RPH. Dengan kelebihan yang ada, saya cuba untuk mempelbagaikan jenis dan campuran media dalam bakul untuk mencari formula yang berkesan di samping menjalankan eksperimen dalam mencari formula baja yang sesuai dengan sistem penanaman fertigasi. Alhamdulillah, dengan keputusan yang saya dapat, saya yakin bahawa sistem tanaman dalam bakul ini boleh dilakukan untuk pokok figs sekiranya sistem pengairan dan pembajaan dijalankan dengan cara yang betul.
Disnilah bermulanya kaedah penanaman pokok figs menggunakan bakul di Malaysia...
Dan disinilah titiktolak saya menceburkan diri dalam industri penanaman pokok figs secara lebih mendalam...
Walaupun pada peringkat ini saya tidak berkesempatan untuk merasa buah yang ada di pokok yang saya tanam sendiri dan tidak dapat mempelajari teknik 'tut' anak pokok figs disebabkan saya terpaksa berpindah ke Perlis namun saya berpuashati kerana disebabkan pokok figs ini, ladang saya dapat dijual dan ditukarmilik dengan nilai yang agak tinggi dan memjadi pelopor kepada sistem tanaman dalam bakul di Malaysia. Ini adalah hikmah yang paling utama apabila kita menanam pokok figs /Tinn, pokok yang disebut dalam Al-Quran dan diturunkan Allah SWT kepada Umat Islam dengan penuh keberkatanNya.
Cuma yang menarik minat saya adalah apabila mengetahui harga anak pokok figs ini boleh menjangkau RM350 sepokok. Biar betui...Dato' cabar saya untuk meninjau sendiri harga pokok figs ini di nursery sekitar Ampang dan Sungai Buloh. Dengan harapan untuk menafikan fakta ini dan men
yahut cabaran, saya cuba mencari pokok figs dan cuba mendapatkan harga pasaran pada masa itu dan sememangnya fakta ini tidak boleh dinafikan lagi apabila melihat sendiri harga jualan anak pokok figs di sebuah nurseri di Sungai Buloh mencecah sehingga RM350 sepokok. Saya akur dengan cabaran ini dan ternyata, bukan sekadar khayalan tetapi kebenaran yang disampaikan kepada saya. Sebetulnya saya mula berjumpa dengan pokok figs ini semasa saya melawat kebun fertigasi rock melon sahabat saya di TKPM Serdang pada awal 2014, dimana terdapat beberapa RPH di situ yang menanam pokok ini yang pada tanggapan saya adalah pokok bendi tetapi tinggi dan besar. Apabila diselidiki selepas itu, barulah saya mengetahui bahawa itu adalah pokok figs yang cuba ditanam secara komersil di Malaysia.
percubaan pertama menanam pokok figs dalam bakul sayur |
Purple Jordan |
Disnilah bermulanya kaedah penanaman pokok figs menggunakan bakul di Malaysia...
Dan disinilah titiktolak saya menceburkan diri dalam industri penanaman pokok figs secara lebih mendalam...
Walaupun pada peringkat ini saya tidak berkesempatan untuk merasa buah yang ada di pokok yang saya tanam sendiri dan tidak dapat mempelajari teknik 'tut' anak pokok figs disebabkan saya terpaksa berpindah ke Perlis namun saya berpuashati kerana disebabkan pokok figs ini, ladang saya dapat dijual dan ditukarmilik dengan nilai yang agak tinggi dan memjadi pelopor kepada sistem tanaman dalam bakul di Malaysia. Ini adalah hikmah yang paling utama apabila kita menanam pokok figs /Tinn, pokok yang disebut dalam Al-Quran dan diturunkan Allah SWT kepada Umat Islam dengan penuh keberkatanNya.
No comments:
Post a Comment