Sistem Pengairan Utama |
Aspek pengairan untuk tanaman pokok figs ini menjadi satu keperluan yang amat mustahak. Keadah siraman biasa atau manual seringkali dilakukan oleh para pekebun yang mempunyai bilangan pokok yang sedikit dan masih kecil.Masalah akan mula timbul apabila bilangan pokok figs makin banyak dan telah merangkumi kawasan tanaman yang luas.
Masalah ini telah dikongsi bersama dengan pekebun-pekebun figs yangmula berkembang pada masa sekarang, justeru itu adalah menjadi keperluan satu sistem pengairan yang efektif dan bersepadu dirancang agar pertumbuhan pokok tidak terencat.
Berdasarkan pengalaman dalam bidang pengairan fertigasi sebelum ini,
Dripping system untuk culvert |
Kita cuba melihat kelebihan sistem pengairan ini secara lebih mendalam. Pertama, sistem ini dapat menggurangkan masa dan tenaga untuk proses menyiram pokok figs. Sekiranya dulu, di Ladang Dato Syed Elias, pekerja terpaksa menghabiskan masa hampir 3 jam sehari untuk menyiram kesemua pokok-pokok figs di ladang beliau, tetapi kini walaupun tidak secara menyeluruh, dapat mengurangkan bebanan kerja-kerja menyiram dan penumpuan terhadap kerja-kerja ladag yang lain dapat dilakukan dengan lebih cepat dan efektif. Penggunaan sistem automasi dan 'timer' dapat memastikan pokok sentiasa mendapat kuantiti air yang betul dan seimbang.
Dripping system dalam bakul |
Kedua, sistem ini dapat memastikan pemberian nutrient pada tanaman menjadi lebih efektif dan seimbang. Agak sukar untuk kita menentukan kuantiti air yang diberikan kepada pokok dengan menggunakan sistem siraman manual tetapi dengan pemasangan sistem ini, pengagihan nutrient akan dapat disalurkan secara seimbang dan efektif. Di samping kita dapat mengurangkan pembaziran air yang berlebihan. Masalah 'waterlogging' juga dapat diaatasi dengan kaedah ini, menyebabkan pokok menjadi lebih segar dan dapat membesar dengan cepat.
Selain itu, para pekebun tidak lagi perlu risau apabila siraman secara automatik ini memberikan kelapangan fikiran sekiranya mereka perlu keluar dari rumah atau ladang untuk sehari malah seminggu. Ini kerana, keyakinan kita terhadap sistem ini akan membantu dan memastikan pokok sentiasa mendapat air atau baja walaupun kita tiada di rumah atau di kebun. Memang tidak dinafikan, pekebun figs yang masih 'demam' dengan tanaman ini, rata-ratanya sanggup membatalkan cuti bersama keluarga semata-mata untuk memastikan pokok figs mereka kekal segar dan tumbuh dengan sihat namun sekiranya sistem ini
digunapakai, maka masalah utama kepada pekebun-pekebun figs ini akan dapat diselesaikan. Dengan hanya pelaburan yang sedikit, dapat memastikan ketenangan fikiran di samping pertumbuhan pokok menjadi lebih cepat. Ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, iaitu apabila terpaksa berjauhan dengan kebun figs saya di Perlis, sehingga dua atau tiga minggu, kebimbangan tentang pokok sudah dapat diatasi dengan menggunakan sistem ini. Pokok semakin tumbuh subur dan sihat walaupun hanya dengan penjagaan yang minima.
Fig Malaysia, Bukit Antarabangsa |