Wednesday, December 3, 2014

Keperluan Menggunakan Sistem Rumah Pelindung Hujan

Pelbagai isu yang timbul dalam proses penanaman dan penjagaan Pokok Tinn di Malaysia. Antaranya, masalah hujan yang berterusan dan keadaan cuaca yang tidak menentu, ancaman penyakit kulat, serangga dan haiwan luar seperti tupai, monyet dsb. Untuk melihat kepentingan dan keperluan penggunaan sistem Rumah Pelindung Hujan (RPH), kita perlu meneliti permasalah-permasalahan yang bakal kita hadapi dalam penanaman pokok tinn di Malaysia khususnya.

Masalah utama adalah keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menetu menyebabkan pelbagai isu timbul dalam proses penanaman pokok tinn. Hujan yang berterusan, dan panas yang terik memberi kesan dlm proses pembentukan buah tinn. Keadaan yang tidak menentu ini kaan menyebabkan buah pecah sebelum masak, kulit luar buah yang tidak sekata dan cantik serta tumbesaran buah menjadi terencat. Selain itu, keadaan ini juga memberi impak kepada pertumbuhan pokok seperti daun gugur, 'waterlogging' atau saliran air yang bertakung serta ancaman kulat yang tinggi. Kesemua faktor ini menyumbang kepada pertumbuhan pokok serta pokok mati.

Dengan penggunaan sistem RPH, kesemua masalah ini akan dapat diselesaikan malah memberi impak yang lebih positif kepada pertumbuhan pokok. Kesan yang nyata dan dapat dilihat adalah proses pembentukan buah di dalam RPH adalah berterusan untuk sesetengah spesis seperti Matsui Dauphine dan TGF Jumbo serta Red Khutmani. ini dapat dibuktikan dalam projek penyelidikan yang dijalankan di Kebun Dato Syed Elias, di Bukit Antarabangsa.

buah yang dimakan oleh sang burung
Masalah yang kedua adalah ancaman serangga perosak, haiwan perosak tanaman dan kulat. Berdasarkan permerhatian yang saya lakukan di sekitar kebun-kebun figs yang telah saya lawati, ancaman makhluk-makhluk perosak ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Ancaman haiwan seperti tupai, monyet, burung dan tikus menjadi ancaman yang serious sekiranya kita berhasrat untuk menjalankan tanaman buah tinn dalam skala yang besar dan ladang yang berada di pinggiran hutan. Kelibat tupai yang berlarian di sekitar kebun membayangkan bahawa haiwan ini lebih gemar memakan buah tinn berbanding epal dan bijak memilih buah yang masak untuk disantap. Begitu juga dengan burung yang datang secara berkumpulan, menyebabkan kerosakan teruk pada buah yang sedang ranum serta yang sedang menunggu hari-hari untuk dipetik.

Saya setuju jika dikatakan bahawa sekiranya buah-buahan yang kita tanam itu adalah sedekah kepada makhluk lain untuk makan dan memberi pahala yang banyak kepada penanamnya namun sekiranya tiada langkah-langkah pengawalan, masalah ini akan mengganggu dari segi pengeluaran hasil kebun figs kita dan membawa kepada kerugian yang tidak terkawal.

Kesan daripada serangan lalat buah
Selain daripada itu, ancaman serangga perosak seperti aphids, lalat buah (Fruitfly), bena putih dan lalat putih (white fly). Serangga perosak ini akan menyebabkan masalah kerosakan pada buah, buah menjadi busuk dan berulat dan tidak boleh dimakan.Dengan menggunakan sistem RPH ini, permasalahan dari segipengawalan serangga perosak akan menjadi lebih mudah dan efektif serta banyak kerja-kerja pengawalan dapat dialkukan pada bila-bila masa tanpa dipengaruhi oleh keadaan cuaca yang tidak menentu.


Usaha membalut buah tidak dapat menghalang ancaman lalat buah
Antara gambar-gambar atau kes yang melibatkan ancaman lalat buah dan ulat pengorek buah terhadap pokok tin. ancaman ini perlu diambil berat memandangkan kesannya yang amat luas terhadap pengeluaran buah tinn di ladang. Cara-cara pencegahan lalat buah ini akan menjadi lebih mudah dan efektif dengan adanya sistem RPH tertutup yang dilindungi oleh 'insect netting 32 mash'. Walaupun keadaan di dalam RPH yang ditutupi oleh 'Insect netting' ini terasa seperti terlalu panas atau bahangnya yang tinggi namun harus diingat bahawa suasana atau 'ambience' ini adalah amat bersesuaian dengan pertumbuhan pokok.


Buah yang dipenuhi dengan larva lalat buah
Pada tanggapan kita, bahawa sistem penanaman menggunakan RPH secara tertutup ini amat memerlukan kos yang tinggi dan modal yang agak kasar namun sekiranya kita mellihat projek ini dalam jangkamasa panjang, kita akan sedar kepentingan dan keperluannya dalam usaha menghasilkan satu produk yang lebih baik dan bernilai premium. Mungkin anggapan bahawa sistem ini hanya satu 'ada-adaan' oleh segolongan orang yang mahu melariskan atau kontraktor RPH yang ingin mencari keuntungan, namun sekiranya kita melihat dengan jauh dan jelas peripentingnya sistem ini, kita akan menyedari bahawa sistem RPH ini adalah satu keperluan dalam penanaman pokok tinn di Malaysia.

Bak kata orang, semakin tinggi pelabuaran yang kita buat, semakin tinggi risiko yang kita ambil maka semakin tinggilah kebarangkalian kejayaan atau pun sebaliknya. Perniagaan dalam pertanian ini seringkali saya ungkapkan sebagai perniagaan yang mempunyai 100 peratus risiko, antara kegagalan dan kejayaan dan sekiranya kita biasa dengan risiko pelaburan, kita akan sedar bahawa semakin tinggi risiko yang kita ambil, semakin tinggi pulangan modal dan keuntungan yang kita perolehi. Bukan sekadar cakap-cakap kosong tetapi telah terbukti malah kepada sesiapa yang telah terlibat dalam bidang ini, mereka pasti sedar tentang faktor pelaburan dan risiko ini.





No comments:

Post a Comment